Pelajar CEMERLANG MEMILIH untuk BERTANGGUNGJAWAB terhadap apa yang berlaku kepada mereka. Contohnya, jika mereka gagal subjek matematik, mereka akan bertanggungjawab terhadap keputusan mereka.
Mereka tidak MENYALAHKAN ORANG LAIN dan tidak pula MEMBERI SERIBU SATU ALASAN. Pada pendapat mereka, kegagalan itu disebabkan mereka salah membuat PILIHAN. Contohnya, semasa cikgu matematik sedang mengajar, mereka PILIH untuk bermain-main di dalam kelas dan tidak menumpukan perhatian.
Mereka PILIH untuk tidak bertanya soalan walaupun mereka tidak faham sesuatu topik. Mereka PILIH untuk tidak membuat latihan matematik yang diberikan guru atau mereka. Mereka PILIH untuk tidak pergi tuisyen matematik.
Oleh sebab pelajar cemerlang percaya mereka yang menyebabkan keputusan yang tidak cemerlang itu, jadi mereka tahu meereka ada KUASA untuk mengubah nasib mereka. Oleh kerana itu, mereka tidak teragak-agak untuk berubah dan akhirnya mereka mereka BERJAYA menjadi pelajar cemerlang. Jadi, buatlah pilihan yang betul kerana ia akan menentukan sama ada anda akan menjadi pelajar yang cermerlang atau pelajar yang gagal.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan