TENTANG SEKOLAH

SK Batu Belah telah dibuka pada 1 ogos 1905. Nama sekolah ini diambil dari lagenda Melayu "Batu Belah Batu Bertangkup". Cerita ini berlaku di belakang kawasan sekolah. Pada awal penubuhannya, hanya terdapat sebuah bangunan dengan jumlah murid yang sedikit. Cikgu Mohd Amin merupakan Guru Besar yang pertama di SK Batu Belah.

Daripada sebuah bangunan kayu beratap nipah pada tahun 1951, sekolah terus berkembang sehingga tahun 1972 di mana 2 buah bangunan 2  tingkat telah dibina. 10 tahun kemudian sebuah bangunan 2 tingkat telah dibina. Sejajar dengan kepesatan pembangunan dan pertambahan penduduk kawasan Batu Belah, maka sebuah bangunan 3 tingkat telah dibina pada tahun 2001 bagi menampung pertambahan murid.

"USAHA HINGGA JAYA" ke arah KECEMERLANGAN (SKBB go for EXCELLENCE)

SEKOLAH UNGGUL PENJANA GENERASI TERBILANG

MEMBANGUN POTENSI INDIVIDU MELALUI PENDIDIKAN BERKUALITI

Sekolah Kebangsaan Batu Belah (SKBB) bertekad meningkatkan kecemerlangan akademik, mengamalkan ilmu dankemahiran yang dipelajari secara sistematik serta berusaha membentuk akhlak agar sentiasa berkualiti sesuai dengan pendekatan Islam Hadhari dan kepuasan pelanggan. Proses ini melibatkan kerja berpasukan, mengkaji semula pengurusan dan penambahbaikan yang dilaksanakan secara menyeluruh agar dasar kecemerlangan, bersistem dan berkualiti dapat difahami serta dihayati dengan memberi komitmen terhadap perlaksanaannya.


Kami guru-guru dan kakitangan Sekolah Kebangsaan Batu Belah, Klang, berazam dan berikrar akan menjalankan tugas dan amanah dengan penuh rasa bertanggungjawab dan beritlizam tinggi ke arah mewujudkan :

  • Sistem pengurusan dan kepimpinan pendidikan yang dinamik, efisyen, kreatif, inovatif dan proaktif.
  • Warga pendidik sekolah yang penyayang, prihatin, tegas dan mampu membentuk kecemerlangan disiplin dan akademik pelajar ke arah peningkatan prestasi sekolah.
  • Hubungan yang harmonis dengan ibu bapa dan masyarakat setempat untuk kemajuan sekolah.
  • Persekitaran dan fizikal sekolah yang bersih dan ceria agar membangkit semangat dan minat murid untuk suka datang dan belajar di sekolah.
  • Masyarakat pelajar yang mempunyai akhlak yang baik, berbudi bahasa, mempunyai jati diri dan berketrampilan serta berkeyakinan cemerlang dalam akademik.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan