Ahad, 31 Ogos 2014

Teknik Ingatan Efektif

Sumber : Penerbitan Nadi Ilmu Sdn Bhd

Teknik Belajar Berkesan


Sumber : Penerbitan Nadi Ilmu Sdn Bhd

Cara Mengatasi Marah


  1. Mengambil wuduk
    "Marah itu datangnya daripada syaitan, dan syaitan itu diciptakan daripada api, sedangkan api itu hanya dipadamkan dengan air. Oleh itu, apabila salah seorang di antara kamu marah, maka hendaklah ia berwuduk"                                                                                         - Hadis Riwayat Abu Daud -

  2. Minum air. Minum air banyak kecuali bulan puasa

  3. Berrfikiran positif dan sentiasa percaya dengan janjiNya

  4. Menarik nafas dan bertenang. Cuba mengambil nafas yang panjang

7 Langkah Menangani Tekanan Mental


Bersikap Realistik Terhadap Pekerjaan Anda
    • Akui kekuatan dan kelemahan dalam diri anda
    • Bersikap positif semasa melakukan kerja anda
    • Lakukan yang terbaik dalam pekerjaan anda
    • Merasa seronok bekerja
Rancang Kerja Anda
    • Kendali masa anda dengan bijak
    • Beri keutamaan pada kerja yang penting
    • Jangan bertangguh
    • Elakkan membawa sebarang tugasan balik ke rumah
    • Mengagihkan kerja dengan baik
Tingkatkan Kemahiran Penyelesaian Masalah
    • Lihat masalah dengan rasional dan rancang penyelesaian secara sistematik
    • Senaraikan masalah-masalah mengikut keutamaan serta langkah-langkah menanganinya
    • Nilaikan kesesuaian pada setiap langkah penyelesaian 
    • Ambil tindakan secara wajar
Mempunyai Sikap Yang Betul Terhadap Perubahan Dalam Kerja
    • Sentiasa bersikap terbuka, bertolak ansur dan realistik terhadap apa jua perubahan yang berlaku
    • Rancang perubahan secara teratur
Amalkan Komunikasi Berkesan Di Tempat Kerja
    • Amalkan sifat tegas (assertive) bukan garang (aggressive)
    • Luahkan pendapat anda secara sopan, tegas dan jelas
    • Hormati pandangan rakan sekerja anda
Tingkatkan Sokongan Sosial Di Tempat Kerja
    • Wujudkan ikatan persahabatan sesama rakan sekerja
    • Senaraikan individu dan organisasi yang dapat membantu anda dan rakan sekerja di dalam menangani sebarang masalah
    • Berkongsi masalah sengan mereka yang sedia mendengar
    • Luangkan masa anda untuk membantu rakan yang bermasalah
Amalkan Cara Hidup Sihat
    • Luangkan masa untuk beriadah
    • Dapatkan tidur yang mencukupi
    • Bersenam selalu
    • Adakan aktiviti/hobi yang menyeronokkan
    • Amalkan nilai-nilai murni dan berpegang teguh pada ajaran agama

SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN KE-57


Unit Bimbingan dan Kaunseling SK Batu Belah megucapkan Selamat Hari Kemerdekaan Ke-57 kepada semua warga Malaysia dengan tema pada tahun ini MALAYSIA... Di Sini Lahirnya Sebuah Cinta. 

Rabu, 27 Ogos 2014

Saya Mahu Berdikari!!


  1. Kamu nampak lebih matang (mature) daripada usia sebenar.
  2. Kamu tidak menyusahkan ibu bapa dan orang lain dalam hal yang remah-temeh.
  3. Kamu dilihat sebagai seorang yang mempunyai pendirian, bersemangat (passion) dan tidak mengharapkan bantuan orang lain jika mampu melakukannya sendiri.
  4. Kamu seorang yang berani (brave), sabar dan tabah serta tidak takut pada cabaran.
  5. Kamu sentiasa diberi kepercayaan untuk melakukan sesuatu.


Menjadi Pelajar Cemerlang


Pelajar CEMERLANG MEMILIH untuk BERTANGGUNGJAWAB terhadap apa yang berlaku kepada mereka. Contohnya, jika mereka gagal subjek matematik, mereka akan bertanggungjawab terhadap keputusan mereka.

Mereka tidak MENYALAHKAN ORANG LAIN dan tidak pula MEMBERI SERIBU SATU ALASAN. Pada pendapat mereka, kegagalan itu disebabkan mereka salah membuat PILIHAN. Contohnya, semasa cikgu matematik sedang mengajar, mereka PILIH untuk bermain-main di dalam kelas dan tidak menumpukan perhatian.

Mereka PILIH untuk tidak bertanya soalan walaupun mereka tidak faham sesuatu topik. Mereka PILIH untuk tidak membuat latihan matematik yang diberikan guru atau mereka. Mereka PILIH untuk tidak pergi tuisyen matematik.

Oleh sebab pelajar cemerlang percaya mereka yang menyebabkan keputusan yang tidak cemerlang itu, jadi mereka tahu meereka ada KUASA untuk mengubah nasib mereka. Oleh kerana itu, mereka tidak teragak-agak untuk berubah dan akhirnya mereka mereka BERJAYA menjadi pelajar cemerlang. Jadi, buatlah pilihan yang betul kerana ia akan menentukan sama ada anda akan menjadi pelajar yang cermerlang atau pelajar yang gagal.


Selamat Datang ke Unit Bimbingan dan Kaunseling


Selamat Datang ke blog Unit Bimbingan dan Kaunseling SK Batu Belah, Klang. Alhamdulillah syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnia Nya, impian untuk berkongsi maklumat mengenai aktiviti-aktiviti yang dijalankan di SK Batu Belah kepada semua tertunai jua. Saya berharap agar perkongsian ini akan menberikan manfaat kepada semua warga sekolah dan orang lain di luar sana. Sebagai seorang guru kaunseling sekolah rendah yang menimba pengalaman di sekolah ini, pelbagai ragam karenah manusia, ranjau liku kehidupan,  kenangan pahit manis, suka dan duka diselusuri dengan izin Allah SWT. Melalui Blog Unit Bimbingan dan Kaunseling ini , dapatlah saya berkongsi rasa dan cerita tentang setiap aktiviti yang dijalankan dengan anda semua...sudi-sudikan untuk membaca dengan fikiran, memerhati dengan rasa, setiap lakaran mesra yang dipaparkan. Andai berkesempatan, silakan untuk bertukar tinta bicara yang boleh dimanfaatkan bersama-sama..

Disusun jalur dibiar melata,
Di atas papan, mawar berduri,
Salam dihulur, pemanis tinta,
Jadi tatapan minda bestari.