Isnin, 23 Mac 2015

Motivasi Diri


Kursus Kepimpinan Pengawas

Tarikh : 7 Mac 2015

Kumpulan Sasaran : Semua pengawas (Tahun 3, 4, 5 dan 6)

Objektif :
  1. Memantapkan pengetahuan sedi ada peserta dan membina jati diri yang tinggi.
  2. Memupuk nilai-nilai kreatif dan menyemai perasaan bertanggungjawab terhadap diri peserta.
  3. Membina kepercayaan dan keyakinan pada diri bahawa dengan persediaan yang mantap boleh menjadikan peserta ke arah peningkatan akadmik dan sahsiah.





Ahad, 8 Mac 2015

Selamat Menduduki Ujian Prestasi 1


 Ujian Prestasi 1 akan berlangsung pada 9 Mac 2015 hingga 13 Mac 2015 untuk murid-murid Tahun 4, 5 dan 6 SK Batu Belah. All the best!!

 Ingat moto kebanggaan kita USAHA HINGGA JAYA =)


Sabtu, 14 Februari 2015

Kejohanan Merentas Desa 2015


Aktiviti ini telah dijalankan pada 24 Januari 2015 (Sabtu) dan dijalankan di sekitar kawasan SK Batu Belah. Antara objektif aktiviti ini dijalankan ialah :

  1. Membentuk minat murid dalam aktiviti sukan.
  2. Melahirkan muris-murid yang sihat dan cerdas, dari segi fizikal, mental dan emosi.
  3. Memberi maklumat dan pengetahuan bagi kawasan setempat.
  4. Mewujudkan hubungan dua hala di antara pihak sekolah dan masyarakat.
  5. Memilih peserta untuk Kejohanan Merentas Desa MSSD (R) Klang 2015 dan 2016.

Program Maju Diri 2015


Program Maju Diri (PMD) merupakan program tahunan yang dijalankan setiap tahun. Untuk tahun ini, SK Batu Belah mengadakan PMD pada :

Tarikh : 13- 15 Januari 2015
Masa : 7.30 pagi hingga 1.20 petang
Sasaran : Murid-murid Tahap 2 (Tahun 4, 5 dan 6)

Matlamat :
  1. Melahirkan murid yang berwatak mulia, berketrampilan positif dan yakin.
  2. Mewujudkan semangat kerjasama di kalangan murid-murid.
  3. Mewujudkan insan yang seimbang dari segi emosi, jasmani , rohani , intelek dan sosial.
Objektif : 
  1. Dapat meningkatkan minat untuk belajar.
  2. Dapat memupuk semangat keyakinan dalam diri.
  3. Dapat mencungkil bakat dan potensi dalam diri murid.
  4. Dapat mengurus masa yang terluang dengan kerja yang berfaedah.


Guru-guru sedang membincangkan tajuk-tajuk yang berkaitan di dalam kelas

Aktiviti di dalam kumpulan sedang dijalankan





Minggu Orientasi Tahun 1

Tempoh Perlaksanaan :
12 Januari hingga 23 Januari 2015

Objektif :

Minggu 1

  1. Membina hubungan mesra dalam kalangan murid-murid dan guru dalam masa yang singkat.
  2. Mengurangkan rasa malu, segan dan takut dalam kalangan murid-murid yang berlainan latar belakang, pengalaman dan sosio ekonomi.
  3. Meningkatkan minat dan semangat murid-murid untuk datang ke sekolah tanpa banyak masalah.
  4. Mengenal pasti tahap penguasaan kemahiran mengenal, menyebut dan menulis dengan betul.
Minggu 2
  1. Mendedahkan murid-murid dengan suasana pengajaran dan pembelajaran yang menyeronokkan.
  2. Mengembangkan sosio emosi dan menyesuaikan diri kepada persekitaran pembelajaran yang formal.
  3. Memupuk semangat kerjasama dalam kalangan murid-murid melalui aktiviti secara kolaboratif.
  4. Meningkatkan hubungan mesra dalam kalangan murid dan guru-guru.
  5. Memperoleh pengetahuan dan kemahiran asas mengikut sukatan pelajaran Tahun 1.