TUJUAN GURU MEMBERI KERJA SEKOLAH
Mengukuhkan kefahaman, bukannya satu bebanan. Jangan sesekali adik mengatakan bahawa kerja sekolah sebagai satu bebanan.
MENGURANGKAN MASALAH LUPA
Secara tidakk langsung dapat mengukuhkan ingatan adik terhadap isi pelajaran yang baru dipelajari.
MEMAKSA ADIK-ADIK MEMBUAT LATIHAN PENGUKUHAN
Sebenarnya, kerja sekolah yang guru berikan itu merupakan satu cara untuk mengukuhkan kefahaman adik terhadap pelajaran yang telah dipelajari dalam kelas.
CARA MENGURUS KERJA SEKOLAH
Catatkan maklumat kerja sekolah dalam buku catatan poket.
BUAT PADA WAKTU ULANG KAJI PETANG
Jangan sesekali amalkan sikap bertangguh. Jadikan waktu ulang kaji petang sebagai waktu untuk menyiapkan kerja sekolah.
BUAT SENDIRI, JANGAN MENIRU KAWAN
Jika meniru, adik tidak akan tahu sama ada adik faham atau tidak pelajaran yang dipelajari. Jika tidak faham, barulah berbincang dengan kawan atau guru.
PERHATIKAN KOMEN GURU
Setelah guru semak, lakukan penambahbaikan seperti yang guru cadangkan atau minta penjelasan daripada guru.
BERBINCANG DENGAN GURU
Jangan malu untuk berbincang dengan guru agar adik dapat mengatasi kelemahan tersebut.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan